Duaa.my

duaa.my

📿 Kumpulan Doa – Amalan Ramadhan 2

Disunting dan disusun oleh: Puan Hjh Sahariah Binti Hj Beduroding

BACAAN MUQADDIMAH SEBELUM BERZIKIR DAN BERDOA

(1) Tahlil

"Afdhalul Dzikri Laa Ilaaha Illallah" — "Seafdhal-afdhal zikir adalah Laa ilaaha illallah." (Riwayat At-Tirmizi)

(2) Istighfar

"Wa maa tuqaddimuu li-anfusikum min khairin tajidūhu 'indallāhi huwa khayran wa a'dzama ajrā. Wastaghfirullāh, innallāha ghafūrun rahīm." — "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah... Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Muzammil: 20)

(3) Selawat

"Innallāha wa malā'ikatahu yusallūna 'alan-Nabiyy. Yā ayyuhal-ladzīna āmanū sallū 'alayhi wa sallimū taslīmā." — "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah Al-Ahzab: 56)

(4) Mana-Mana Zikir & Tasbih

"Yā ayyuhal-ladzīna āmanū udzkulūllāha dzikran kathīrā. Wa sabbihūhu bukratan wa asīlā." — "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah Al-Ahzab: 41-42)

(5) Berdoa

"Wa qāla rabbukum ud'ūnī astajib lakum." — "Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.'" (Surah Ghafir: 60)

(6) Doa Muqaddimah (Sebelum Berdoa)

"Allāhumma innī uqaddimu ilayka bayna yaday kulli nafsin wa lamhatin, wa tarfatin wa ahli as-samāwāti wa ahli al-ardhi, wa bikulla shay'in huwa fī 'ilmika kā'inan aw qad kāna, uqaddimu ilayka bayna yaday dzālika kullih..."

— "Ya Allah, aku persembahkan kepada-Mu di hadapan setiap (turun naik) nafas, setiap kerlipan mata (yang berketik), yang dilakukan oleh penghuni langit-langit dan penghuni bumi, dan setiap sesuatu yang ada dalam ilmu-Mu, yang akan ada (berlaku) dan yang telah ada (berlaku), aku persembahkan kepada-Mu di hadapan setiap semua itu (supaya menjadi saksi atas amalanku)..."


DOA MENYAMBUT RAMADHAN

"Alhamdu lillāhi alladzī sharrafanā bi-dzilli shahri Ramadhāna, alladzī unzilat fīhi al-malā'ikatu al-kirāmu war-rūhu al-karīm, was-salātu was-salāmu 'alā sayyidinā Muhammadin wa 'alā ālihī wa sahbihil kirām. Allāhumma innā nas'aluka al-'ismata wa al-amāna 'inda iqbāli Ramadhāna, wa waddinā 'alā iqbāli siyāmi Ramadhāna, war-hamna wa bārik lanā 'inda iqbāli siyāmi Ramadhāna, wa aslihu lanā jamī'a ahwālinā wa akhlāqinā wa a'mālinā fī siyāmi Ramadhāna. Allāhumma tawwil 'umūranā bi-barakati Ramadhāna; wa bārik akhlāqanā bi-qudūmi Ramadhāna; wa aj'al siyāmanā hadhā mutāba'atan li-jamī'i as-siyāmi alladzī sāmahu nabiyyunā Muhammadun sallallāhu 'alayhi wa sallam; bi-rahmatika yā arhamar-rāhimīn."

— Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kami dengan naungan bulan Ramadhan yang turun padanya para malaikat dan roh (Jibrail) yang mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya yang mulia. Ya Allah! Sesungguhnya kami mohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan memasuki Ramadhan; Dan tekunkanlah kami dan berkatilah kami dalam berpuasa; Rahmatilah kami dan berkatilah kami dalam puasa Ramadan; Dan perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam puasa Ramadan. Ya Allah! Panjangkanlah usia kami dengan berkat Ramadan; Dan baikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan; Dan jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad SAW; Dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Perkenankanlah!


MUNAJAT AWAL RAMADHAN (Maghrib 1 Ramadhan)

Ya Allah, dalam dakapan Ramadhan yang penuh kesucian ini, dengan rasa rendah diri, kami hamba-Mu yang lemah dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Mudah-mudahan puasa kami, solat kami, iktikaf kami, zakat kami dan segala amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini diterima oleh-Mu Ya Allah. Ya Allah, terimalah rintihan istighfar dan taubat kami. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau. Jadikanlah kami sebagai hamba yang memperolehi pembebasan dari api neraka pada bulan

yang suci ini. Ya Allah, curahkan rahmat dan kurnia-Mu kepada kami, sesungguhnya hanya dengan rahmat dan kurnia-Mu sahajalah kami dapat memasuki Syurga-Mu. Ya Allah, hiasilah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama kami hidup. Berikanlah kurnia tersebut kepada kami selama hayat dikandung badan. Janganlah Engkau timpakan kepada kami musibah pada agama kami dan janganlah jadikan dunia menjadi keinginan kami yang terbesar dan menjadi kesudahan ilmu kami serta janganlah Engkau kuasakan ke atas orang yang tidak menyayangi kami. Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

3 DOA MENJELANG RAMADHAN (Doa Saidina Ali)

  1. Ya Allah, berikan kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit.
  2. Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan.
  3. Ya Allah, berikan kepadaku cukup dengan sedikit tidur.

Doa Malam Sebelum Ramadhan (Ustaz Adi Hidayat)

Ya Allah, anugerahkan awal Ramadhan ini kepada kami dengan ketenangan, kedamaian, diberi kesihatan, tidak sakit hingga selesai puasa Ramadhan. Berikan kami kekuatan untuk gigih beribadah dengan keislaman dan diikhlaskan hanya semata-mata kerana Allah. Aamin.

DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

"Allāhuma iftah 'alaynā hikmatatak, wanshur 'alaynā rahmataka, wa dzakkirnā mā nasīnā, yā Dzal-jalāli wal- ikrām." — "Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."

Doa Membaca Al-Quran

"Allāhuma arhamna bil-Qur'ān, waj'al-hu lanā 'imāman wa nūran wa huddan wa rahmatan. Allāhuma dzakkirnā minhu mā nasīnā, wa 'allimna minhu mā jahilnā, warzuqnā tilāwatahu āna'al-layli wa atrāfan-nahār, waj'al-hu lanā hujjatan, yā rabbal-'ālamīn." — "Ya Allah! Rahmati kami dengan al-Quran; Jadikanlah ia sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah! Ingatkanlah kami apa yang terlupa, ajarkanlah kami apa yang tidak diketahui; Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami; Wahai Tuhan semesta alam!"


DOA KHATAM AL-QURAN (ringkasan terjemahan)

Ya Allah, terangilah hati kami dengan Al Qur'an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur'an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur'an, masukkanlah kami ke syurga-Mu dengan Al Qur'an. Jadikanlah Al Qur'an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman, cahaya di atas titian (sirat), dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalam kesempurnaan, anugerahkan kepada kami kemudahan dalam mengamalkan Al Qur'an dengan hati dan lisan, senantiasa cinta kepada kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Aamiin, Yaa Rabbal 'Alamien.

NIAT BERPUASA

Niat Puasa Ramadhan Sebulan

"Nawaytu sawma shahri Ramadhāna kullihī fardhan hādzihi as-sanati lillāhi ta'āla." — "Daku berniat puasa sebulan Ramadhan yang wajib bagi diriku tahun ini kerana Allah Ta'ala."

Niat Puasa Ramadhan Harian

"Nawaytu sawma ghadin 'an adā'i fardhi Ramadhāna hādzihi as-sanati lillāhi ta'āla." — "Daku berniat puasa esok hari fardu Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta'ala."


DOA SELEPAS BERSAHUR

"Allāhumma bi-barakati aklī as-suhūr, a'innī 'anil-jū'i wal-'atashi bi-rahmatika yā arhamar-rāhimīn." — "Ya Allah, dengan berkat makan sahur ini, bantulah aku daripada kelaparan dan kehausan dengan rahmat- Mu, wahai Yang Maha Paling Pengasih dari kalangan yang pengasih."


DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Doa Sebelum Berbuka (10 minit sebelum berbuka)

"Asyhadu allā ilāha illallāh, astaghfirullāh, as'aluka al-jannata, wa au'adzubika minan-nār, Allāhumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annī." — "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Aku memohon ampunan Allah, Tuhanku, aku memohon Syurga-Mu, aku berlindung kepada rahmat-Mu daripada Neraka-Mu. Tuhanku.. sungguh Engkau Maha

Pengampun lagi Maha Pemurah."

Doa Sebelum Makan Berbuka

"Yā 'Azīmu yā 'Azīmu yā 'Azīm, anta ilāhī, lā ilāha illā anta, ighfir lī adz-dzanba al-'azīm, fa-innahu lā yaghfiru adz-dzanba al-'azīm illā al-'Azīm." — "Wahai Tuhan Yang Maha Agung (3x) Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang sebenar selain dari-Mu. Ampunilah bagiku dosa yang besar, kerana tidak ada yang mengampuni dosa yang besar melainkan Tuhan Yang Maha Besar."

Doa Sejurus Sebelum Makan

  1. "Allāhumma laka sumtu wa 'alā rizqika aftartu wa bika āmantu wa 'alayka tawakkaltu." — "Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa, dengan rezeki-Mu aku berbuka, kepada-Mu aku beriman dan kepada- Mu aku serahkan diriku serta kepada-Mu aku bertawakal."
  2. "Allāhumma laka sumtu wa 'alā rizqika aftartu fa-taqabbal minnā, innaka anta as-samī'ul 'alīm." — "Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa, dengan rezeki-Mu aku berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

Doa Selepas Makan/Berbuka

"Allāhumma innī as'aluka bi-rahmatika allatī wasi'at kulla shay'in an taghfira lī." — "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mencukupi segala sesuatu agar Engkau mengampuniku."

Doa Selepas Berbuka Puasa

"Allāhumma laka sumtu wa bika āmantu wa 'alā rizqika aftartu, wal-hamdu lillāhi alladzī at'amanī wa saqānī wa ashba'anī wa arwānī wa an'ama 'alayya wa afdlala wa afqala wa ahhyānī. Allāhumma innī as'aluka an taghfira lī bi-rahmatika allatī wasi'at kulla shay'." — "Ya Allah! Kerana-Mu daku berbuka puasa dan kepada-Mu daku beriman dan atas rezeki dari-Mu daku berbuka puasa. Segala puji bagi Allah yang memberi daku makan dan minum juga memberi kepuasan dan tenaga (kesegaran) dan memberikan kepada daku nikmat, kebaikan, kecukupan, petunjuk dan kehidupan. Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon diampunkan dosaku dengan Rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu!"

Doa Selepas Berbuka Puasa (Ringkas)

"Wal-hamdu lillāhi wa-dhahaba az-zama'u wa-ibtallati al-'urūqu wa thabata al-ajru in shā'allāh." — "Segala puji bagi Allah; Telah hilang kedahagaan dan seluruh urat saraf telah pun dibasahi dan dengan izin Allah pahala sudahlah pasti!"

Doa Berbuka Puasa Beramai

"Allāhumma laka sumnā wa bika āmannā wa 'alā rizqika aftarnā, fa-taqabbal minnā innaka anta as-samī'ul 'alīm."

— "Ya Allah! Kerana-Mu kami berpuasa dan kepada-Mu kami beriman dan atas rezeki dari-Mu kami berbuka puasa. Maka terimalah ibadah puasa kami; Sesungguhnya Dikau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui!"

Doa Berbuka Puasa Di Rumah Orang

"Aftara 'indakumu as-sā'imūna wa akala ta'āmakum al-abrāru wa sallat 'alaykum al-malā'ikah." — "Telah berbuka di rumah kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan kamu ini; Semoga para malaikat turut mendoakan keberkatan untuk kamu."

Doa Untuk Orang Menjamu/Menghidangkan Makanan

"Allāhumma at'im man at'amanī wāsqi man saqānī wa bārik lahum fīmā razaqtahum fa-ighfirlahum war- hamhum." — "Ya Allah! Berilah makan kepada mereka yang telah memberiku makan dan berilah minum kepada mereka yang telah memberi minum kepadaku serta berikanlah 'barakah' kepada apa yang telah Dikau kurniakan kepada mereka; Maka ampunilah mereka dan kasihanilah mereka!"


DOA SOLAT WITIR

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon lidah yang sentiasa menyebut dan mengingati-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta anggota yang mudah mentaati perintah-Mu. Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu iman yang tetap dan sempurna, hati yang khusyuk, keyakinan yang benar dan ilmu yang bermanfaat. Kami mohon amal yang soleh, agama yang mantap dan diberi kebaikan yang melimpah ruah. Kami mohon kemaafan dan kesejahteraan, kesihatan yang sempurna serta mensyukuri atas kesihatan kami. Juga kami memohon selamat dari segala mara bahaya dan petaka dan kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah Ya Tuhan kami! Terimalah solat kami, puasa kami, berdirinya kami, khusyuk kami, pengabdian kami, ibadah kami dan sempurnakanlah kekurangan kami. Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

DOA PAGI / SELEPAS SOLAT

"Bismillāhir-rahmānir-rahīm. Yā Allāh, panjangkanlah umur kami, kurniakan kami kesihatan yang baik..." Ya Allah, Panjangkanlah umur kami, Kurniakan kami kesihatan yang baik, Ya Allah, Ya Rahman, Terangilah hati kami dengan Nur pancaran iman-Mu. Ya Allah Ya Majid, Dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhi kami dari segala kejahatan. Ya Allah Ya Muhaimin, Kurniakan kami dengan kesenangan, ketenangan dan hidayah dari-Mu.

Ya Allah Ya Ghoffar, Dalam menempuh cabaran kehidupan, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Ya Allah Ya Latif, Berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur atas kekurangan kami dan agar kami berasa cukup dalam kekurangan. Ya Allah, Ajar kami redha dan ikhlas agar kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna. Ya Allah Ya Nur, Terangilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana Engkau terus-menerus menerangi bumi dengan matahari-Mu. Ya Allah Ya Sami', Bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, Ya Allah Ya Hadi, Pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami, Ya Allah Ya Quddus, Pelihara diri kami daripada membenci dan dibenci. Ya Allah Ya Afuww, Terimalah amalan kami, Ya Allah Ya Ghafur, Terimalah taubat kami, Ya Allah Ya Karim, Ampunilah segala dosa kami, Ya Allah Ya Rahman, Amankan kehidupan kami, Ya Allah, Kurniakan kami Syurga-Mu yang maha luas nikmatnya. Ya Allah Ya Majid, Kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik, Ya Allah, Tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Ya Allah, Kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di Syurga-Mu Ya Allah. Ya Allah, Ya Ghaffar, Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin-muslimat di mana sahaja mereka berada.

DOA UNTUK LAILATUL QADAR (Diamalkan setiap hari Ramadhan)

A. Pengampunan Dosa

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Ampuni dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa, mertua kami, pasangan kami, anak-anak kami.
  2. Ampuni dosa adik-beradik kami, sanak saudara kami, guru-guru, ustaz, ustazah, mereka-mereka yang pernah memberikan kami ilmu.
  3. Ampuni dosa sahabat-sahabat kami yang jauh, dekat, mahupun sahabat alam maya.
  4. Ampuni dosa sekalian muslimin muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

B. Keperluan Masa Hidup

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Murahkan rezeki kami, anak-anak kami, saudara-mara kami dengan rezeki dari sumber yang halal.

  2. Jadikan tangan kami sentiasa bersedekah dengan rezeki yang Kau kurniakan.

  3. Berikan kami ketenangan dalam kehidupan berkeluarga, anak-anak soleh-soleha yang akan mendoakan kami, sahabat yang baik, guru-guru yang banyak memberikan ilmu, jiran-jiran yang soleh, soleha.

  4. Berikan kami keberkatan masa, rezeki untuk menggunakan masa menambah amal.

  5. Jadikan kami istiqamah berqiyamulail, tidak meninggalkan solat, dan sentiasa membasahkan bibir kami dengan zikir.

  6. Jauhkan kami dari bencana, penyakit berbahaya. Berikan kami afiah.

  7. Jauhkan kami dari ujian yang tak mampu kami tanggung.

  8. Jadikan orang lain kasih kepada kami sekeluarga, jauhi kami dari hasad dengki, khianat, iri hati, cemburu.

C. Urusan Ketika Kematian

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Matikan kami dalam husnul khotimah, jauhi kami dari fitnah semasa kematian, selepas kematian dan fitnah Dajal.
  2. Matikan kami dalam iman, mengucap syahadah, "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah".
  3. Matikan kami dalam keadaan sedang beribadah, gugur syahid di negeri kekasih-Mu.

D. Alam Barzah

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Jadikan kubur kami nanti dari taman-taman Syurga bukan lubang api neraka-Mu.
  2. Kami takut kegelapan, terangkanlah kubur kami.
  3. Luaskanlah, lapangkanlah kubur kami saujana mata memandang.
  4. Berikanlah kami rezeki di dalam kubur nanti.
  5. Engkau bukalah satu pintu yang nampak tempat tinggal kami di dalam Syurga-Mu.

E. Ketika di Padang Masyhar

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Selamatkan kami di Padang Masyhar.
  2. Jadikan kami duduk di Maqam Mahmudah (kedudukan yang terpuji).
  3. Jadikan kami orang yang duduk di bawah perlindungan Arasy-Mu.
  4. Jangan Engkau seksa kami di Padang Masyhar. Jadikan kami antara yang beroleh syafaat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
  5. Berikan buku suratan amal kami dari tangan kanan. Padamkan dosa-dosa kami di dalam kitab amal.
  6. Jangan Kau tunjuk/tayangkan dosa-dosa kami dan kesilapan kami di tayangan amal.
  7. Tutup dan lindungi aib, dosa-dosa kami dulu. Beratkan timbangan amal di sebelah kanan kami.
  8. Masukkan kami dalam golongan yang masuk Syurga Firdaus-Mu tanpa hisab.

F. Lintasan Titian Sirat

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Permudahkanlah kami melintasi titian sirat, jangan jatuhkan kami ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat.
  2. Ya Allah, tolonglah kami ketika melintasi titian sirat, percepatkan kami melintasinya sepantas kilat.

G. Masuk Syurga Allah

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim —

  1. Ya Allah, kurniakan kami Syurga Firdaus-Mu.
  2. Bangkitkan kami bersama-sama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus.
  3. Berikan kami dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW di Syurga-Mu.
  4. Berikan peluang memandang wajah-Mu di dalam Syurga-Mu.
  5. Jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu.

Penutup Doa

"Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina adzaban-nār. Wasallahu 'ala saidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi wasalam, walhamdulillahi rabbil alamin." AAMIIN YA MUJIB


ZIKIR HARIAN RAMADHAN

Tempoh Zikir Maksud
1–10 Ramadhan (100x) Allāhumma arhamni bi-rahmatika yā arhamar-rāhimīn Ya Allah, rahmanilah
diriku dengan rahmat-Mu, wahai yang paling pengasih diantara segala yang pengasih
11–20 Ramadhan (100x) Allāhumma ighfir lī dzunūbī yā rabbal 'ālamīn Ya Allah, ampunilah dosa-
dosaku, Wahai Tuhan sekelian alam
21–30 Ramadhan (100x) Allāhumma a'tiqnī minan-nāri wa adkhilnī al-jannata yā rabbal 'ālamīn Ya Allah,
lepaskanlah aku daripada neraka & masukkanlah aku ke dalam Syurga, waihai Tuhan sekelian alam

DOA HARIAN RAMADHAN

"Allāhumma ij'al fīhi siyāma as-sā'imīn, wa qiyāmi fīhi qiyāma al-qā'imīn, wa nabbihni fīhi 'an nawmati al- ghāfilīn, wa hab lī fīhi jurmi yā ilāhal 'ālamīn, wa'fu 'annī yā 'āfiyan 'anil mujrimīn." — "Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidur orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai yang memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa."


TIGA DOA RINGKAS YANG JANGAN DITINGGALKAN PADA MALAM-MALAM BULAN RAMADHAN

(1) Empat Perkara: Persaksian Tauhid, Istighfar, Syurga dan Neraka

"Ashhadu allā ilāha illallāh, astaghfirullāh, Allāhumma innī as'aluka al-jannata, wa a'ūdzubika minan-nār." — "Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah; [dan] aku memohon keampunan daripada Allah. Ya Allah, aku memohon daripaMu syurga, dan aku berlindung denganMu daripada api neraka."

(2) Memohon Kemaafan daripada Allah

"Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa fa-'fu 'annā." — "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kemaafan lagi Maha Mulia Kurniaan-Nya, Engkau sukakan pemberian kemaafan, maka maafkanlah daku/kami."

(3) Pembebasan dari Api Neraka

"Allāhumma a'tiq riqābanā wa riqāba ābā'inā wa ummahātinā wa ikhwāninā minan-nār." — "Ya Allah, bebaskanlah diri-diri kami, ayah-ayah kami, ibu-ibu kami dan saudara-saudara kami daripada api neraka."


DOA SETIAP HARI RAMADHAN

"Allāhumma atiq riqābanā wa riqāba minan-nār." — "Ya Allah, padamkan nama kami dari api neraka." Doa dalam Bahasa Melayu:

  1. Ya Allah, hapuskan nama kami dan nama kedua orang tua kami dari api neraka.
  2. Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang kau merdekakan dari api neraka.

ZIKIR 2 JUTA PAHALA KEBAIKAN

"Lā ilāha illallāhu wahdahu lā sharīkalah, Ahadan samadan lam yalid wa lam yūlad, wa lam yakun lahu kufuwan ahad." (Amalkan sebelum tidur, selepas bangun tidur, dan semasa berjaga malam mencari malam Qadar)


TAHLIL KHUSUS (Baca 3 atau 4 kali lepas solat fardhu)

"Lā ilāha illallāhu Muhammadur rasūlullāhi, fī kulli lamhatin wa nafasin 'adada mā wasi'ahu 'ilmullāh."

— "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah (pahala bacaannya) pada setiap kerdipan mata dan nafas, sebanyak mana luasnya ilmu Allah."


DOA JANGAN PUTUS SEPANJANG RAMADHAN

"Allāhumma bārik lanā fī shahri Ramadhāna wa ballighnā lailatal qadr." — "Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr."


KUNCI KHAZANAH LANGIT DAN BUMI (100x sehari)

"Lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa subhānallāhi wal-hamdulillāhi, wastaghfirullāh alladzī lā ilāha illā hu, wal-Awwalu wal-Ākhiru waz-Zāhiru wal-Bātinu yuhyī wa yumītu, wa huwa hayyul lā yamūtu, bi-yadihi al-khairu, wa huwa 'alā kulli shay'in qadīr."


DOA MEMOHON DIMASUKKAN KE SYURGA DAN DISELAMATKAN DARI NERAKA

"Allāhumma innī as'aluka min al-khayri kullihi 'ājilihī wa ājilihī, mā 'alimtu minhu wa mā lam a'lam; wa a'ūdzu bika minas-sharri kullihi 'ājilihī wa ājilihī, mā 'alimtu minhu wa mā lam a'lam. Allāhumma innī as'aluka min khayri mā sa'alaka 'abduka wa nabiyyuka; wa a'ūdzu bika min sharri mā 'ādza bihi 'abduka wa nabiyyuka. Allāhumma innī as'aluka al-jannata wa mā qarraba ilayhā min qawlin aw 'amalin; wa a'ūdzu bika minan-nāri wa mā qarraba ilayhā min qawlin aw 'amalin; wa as'aluka an taj'ala kulla qadā'in qaday-tahū lī khayran."

— "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku ketahui mahupun tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan untukku."


ZIKIR HARIAN SEPANJANG RAMADHAN (Asma ul-Husna — 100x setiap satu)

  1. Ya Rahman – Yang Maha Pengasih
  2. Ya Rahim – Yang Maha Penyayang
  3. Ya Razak – Yang Maha Pemberi Rezeki
  4. Ya Fattah – Yang Maha Pembuka Rahmat
  5. Ya Wahab – Yang Maha Pemberi Kurnia
  6. Ya Mujib – Yang Maha Mengkabulkan
  7. Ya Ghani – Yang Maha Kaya
  8. Ya Mughni – Yang Maha Pemberi Kekayaan

DOA SEBELUM BERDOA (Amalan Sebelum Munajat)

(Dahulukan: Istighfar 33x → Zikir Nabi Yunus 33x → Selawat 33x)

"Allāhumma innī as'aluka, bi-annī ashhadu annaka antallāhu lā ilāha illā anta, al-ahadus-samad, alladzī lam yalid wa lam yūlad, wa lam yakul lahu kufuwan ahad." — "Sesungguhnya aku ini memohon kepada-Mu Ya Allah, dengan bersaksi dengan bersungguh-sungguh bahawa Engkau adalah Allah Yang Tiada Tuhan selain Engkau. Yang Maha Tunggal dan Yang menjadi tempatku bergantung, Yang tak beranak dan tidak diperanakkan serta tak ada yang menyamai-Mu seorang pun."


DOA UNTUK KEDUA ORANG TUA

Ya Allah, Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW, hamba dan Rasul-Mu, beserta keluarganya dan para sahabatnya dengan sebaik-baik selawat, rahmat, keberkahan dan kebaikan-Mu. Demikian pula untuk kedua orang tuaku, Limpahkanlah mereka dengan kemuliaan dan kasih sayang-Mu, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih antara yang pengasih. Ya Allah, ilhamkan kepadaku sesempurna pengetahuan tentang segala sesuatu yang wajib aku lakukan bagi kedua orang tuaku, kemudian berikanlah taufik kepadaku agar aku mampu melaksanakannya dengan sebaik- baiknya. Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindah ucapanku di depan mereka, Dan lembutkan hatiku untuk mereka. Ya Allah, Berikan mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka kepadaku, dan pahala yang besar atas limpahan kasih sayang mereka kepadaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku di masa kecilku.

Ya Allah, Terima dan masukkanlah ibuku-ayahku dalam Raudhah di bumi dan Raudhah di syurga-Mu yang kekal dalam rombongan orang-orang muttaqqin. Pertemukanlah kami di bawah Arrasy-Mu pada hari yang tidak ada perlindungan kecuali lindungan-Mu.

DOA PADA DUA PERTIGA MALAM

Ya Allah, Beri aku kelapangan rezeki, keamanan negeri, puncak kebahagiaan hidup kekeluargaan, putera- puteri dan harta, kesihatan jasmani, kekuatan tubuh, keselamatan dalam agama. (Doa panjang ini adalah munajat syahdu memohon keampunan dan rahmat Allah SWT — teruskan membaca dengan penuh penghayatan dan kekhusyukan)

DOA NABI SAW (Riwayat Bukhari)

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah mencipta diriku dan kerana itu, aku adalah hamba-Mu. (yang) tetap setia kepada perjanjian dengan-Mu dan janji-Mu untukku sejauh kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa saja yang kulakukan. Aku mengakui segala nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. Aku mengakui segala dosaku terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana tiada siapapun yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau.

DOA SINGKAT (Ustaz Abdul Somad)

"Allāhumma innā nas'aluka — salāmatan fid-dīn, wa 'āfiyatan fil-jasad, wa ziyādatan fil-'ilm, wa barakatan fir- rizq, wa tawbatan qablal mawt, wa rahmatan 'indal mawt, wa maghfiratan ba'dal mawt. Allāhumma hawwin 'alaynā fī sakarātil mawt, wan-najāta minan-nār, wal-'afwa 'indal hisāb."

— Selamat dalam agama, kesihatan badan, bertambah ilmu, berkah rezeki, dapat taubat sebelum mati, dapat rahmat sebelum mati, mendapat ampunan setelah mati. Ringan sewaktu sakarotil maut. Selamat dari api neraka. Dimaafkan ketika amal dihisab. Doa untuk orang tua: "Rabbi ighfir lī wa li-wālidayya war-hamhumā kamā rabbayānī saghīrā."

Doa untuk anak:

"Rabbi hab lī minas-sālihīn." Doa sapu jagat: "Rabbanā ātinā fid-dunyā hasanah, wa fil-ākhirati hasanah, wa qinā 'adzāban-nār."


DOALAH SAMBIL MENANGIS

Ya Allah, muliakanlah aku ketika menghadapi sakaratul maut. Ya Allah, muliakanlah aku untuk menghadapi masuk ke alam barzah. Ya Allah, muliakanlah aku ketika berada di alam barzah. Ya Allah, muliakanlah aku ketika aku bangkit di Padang Masyhar. Ya Allah, muliakanlah aku ketika berada di hadapan mizan-Mu nanti. Ya Allah berikanlah aku syafaat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, muliakanlah aku ketika aku meniti Titian Siratul Mustaqim. Ya Allah, muliakanlah aku ketika berhimpun dengan orang-orang yang aku sayangi di Syurga nanti.

DOA HARIAN 1-30 RAMADHAN

R1. Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah daku dari tidurnya orang- orang yang lalai. Hapuskan dosaku, Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampuni daku, Wahai Pengampun para pembuat dosa. R2. Ya Allah! Dekatkanlah daku kepada keredhaan-Mu dan jauhkan daku dari kemurkaan-Mu. Berilah daku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. R3. Ya Allah! Berikanlah daku kecerdikan fikiran dan kewaspadaan. Jauhkan daku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagiku sebahagian daripada kebaikan yang Dikau turunkan; Demi kemurahan-Mu, Wahai Yang Maha Dermawan dari semua dermawan. R4. Ya Allah! Berikan daku kekuatan untuk melaksanakan perintah-Mu, dan berikanlah daku kemanisan berzikir mengingati-Mu. Berilah juga daku kekuatan melahirkan rasa syukur kepada-Mu dengan Kemuliaan- Mu. Jagalah daku dengan penjagaan dan perlindungan-Mu, Wahai Yang Maha Melihat dari semua pemerhati.

R5. Ya Allah! Tempatkan daku di kalangan mereka yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah daku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah daku di antara Auliya'-Mu yang hampir di sisi-Mu; Dengan Kelembutan-Mu Wahai Yang Pengasih dari semua pengasih. R6. Ya Allah! Janganlah daku dihina kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu dan hindarilah daku daripada siksaan-Mu. Jauhkan daku daripada sesuatu yang boleh menyebabkan kemurkaan-Mu. Dengan anugerah dan bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan. R7. Ya Allah! Bantulah daku untuk melakukan puasa dan ibadah malam. Jauhkanlah daku dari kelalaian dan segala dosa serta rajinkanlah daku berzikir mengingati-Mu; Dengan taufiq-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat. R8. Ya Allah! Berilah daku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim, pemberian makanan dan penyebaran salam serta pergaulan dengan orang-orang mulia. Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang mengharap. R9. Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian daripada keluasan Rahmat-Mu dan berikanlah daku petunjuk melalui ajaran-Mu yang nyata. Bimbinglah daku menuju kepada keredhaan-Mu yang penuh dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan orang-orang yang merindu. R10. Ya Allah! Jadikan daku di kalangan orang-orang yang bertawakal kepada-Mu dan jadikan daku di kalangan orang-orang yang menang di sisi-Mu serta jadikan daku di kalangan orang-orang yang hampir dengan-Mu; Dengan ihsan-Mu Wahai Tempat Tuju orang-orang yang memohon. R11. Ya Allah! Tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian terhadap maksiat dan kefasikan. Jauhkanlah daku daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka; Dengan pertolongan-Mu Wahai Penolong orang-orang yang dalam kesukaran. R12. Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah (sederhana) dan kerelaan. Tempatkanlah daku di jalan keadilan dan keikhlasan. Tenangkanlah diriku daripada segala yang daku takuti; Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga orang-orang yang takut. R13. Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kehinaan. Berilah daku kesabaran untuk segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa dan bergaul dengan orang-orang yang baik; Dengan bantuan-Mu, Wahai Harapan orang-orang miskin. R14. Ya Allah! Janganlah hukum daku kerana kekeliruan yang daku lakukan dan ampunilah daku dari segala dosa dan kesilapan. Janganlah Dikau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan bencana; Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan kaum Muslimin.

R15. Ya Allah! Berilah daku ketaatan sebagaimana orang-orang yang khusuk dan lapangkan dadaku dengan taubat orang-orang yang menyesal; Dengan ketenangan-Mu Wahai Pengaman orang-orang yang takut. R16. Ya Allah! Berilah daku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik, dan jauhkanlah daku dari kehidupan mereka yang melakukan kejahatan. Lindungilah daku dengan rahmat-Mu hingga ke alam akhirat. R17. Ya Allah! Tunjukilah daku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam! Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda yang suci. R18. Ya Allah! Sedarkanlah daku akan keberkatan sewaktu dalam pencarian. Terangilah hatiku secerah cahaya-Mu, dan bimbinglah daku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-Mu; Dengan Cahaya-Mu, Wahai Penerang hati orang-orang yang tahu. R19. Ya Allah! Penuhilah bagiku dengan keberkatannya (Ramadhan), dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikannya. Janganlah Dikau jauhkan daku dari mencapai kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang nyata. R20. Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah daku kemampuan untuk membaca al-Quran; Wahai Pemberi Ketenangan di dalam hati orang- orang beriman. R21. Ya Allah! Berilah daku petunjuk untuk mendapat Keredhaan-Mu. Janganlah Dikau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan beristirehat; Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta. R22. Ya Allah! Bukakan bagiku pintu kurnia-Mu, turunkanlah untukku padanya keberkatan-Mu dan berikanlah daku kemampuan untuk mencapai keredhaan-Mu. Tempatkan daku di dalam Syurga-Mu; Wahai Pemakbul Doa orang yang dalam kesempitan. R23. Ya Allah! Sucikanlah daku dari segala dosa, dan jauhkanlah diriku dari keaiban. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan orang-orang yang berdosa. R24. Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredhaan-Mu dan daku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemurkaan-Mu. Daku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu dan menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi kepada yang meminta.

R25. Ya Allah! Jadikan daku orang yang mencintai Auliya-Mu (Nabi Muhammad SAW), memusuhi musuh- musuh-Mu dan jadikanlah daku pengikut sunnah-sunnah Nabi-Mu; Wahai Penjaga Hati para Nabi. R26. Ya Allah! Jadikan usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima dan diredhai serta seluruh keaibanku ditutupi; Wahai Yang Maha Pendengar dari semua yang mendengar. R27. Ya Allah! Dapatkan bagiku keutamaan Lailatul Qadar dan ubahkanlah bagiku perkara-perkara yang sukar menjadi mudah dan terimalah permohonan maafku serta hapuskan segala dosa dan kesalahanku; Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh. R28. Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, muliakanlah daku dengan termakbulnya semua permintaan dan dekatkan perantaraanku kepada-Mu di antara semua perantara; Wahai Yang Tidak Terganggu oleh permintaan orang-orang yang meminta. R29. Ya Allah! Lingkungilah daku dengan Rahmat-Mu dan berikanlah daku taufiq dan penjagaan-Mu serta sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah; Wahai Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman. R30. Ya Allah! Jadikan puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan keredhaan Rasul, cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya; Demi kenabian Muhammad SAW dan keluarganya yang suci. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

BERSEDEKAH — DOA WAKTU BERSEDEKAH

Doa 1

Ya Allah, terima kasih Ya Allah, Ya Allah aku ada lebih Ya Allah. Banyak sangat Engkau beri selama ini. Aku sedekah hari ini sebagai tanda syukurku kepada-Mu. Bantulah aku melunaskan amanah-amanahku. Rezekiku cukup Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Terimalah sedekahku ini. Aku bersedia menerima keberlimpahan rezeki yang Engkau berikan padaku. Ya Allah, jadikan sedekah ini sinar cahaya kepada yang menerimanya dan juga kepada diriku. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Doa 2

"Rabbanā taqabbal minnā innaka antas-samī'ul 'alīm." — "Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

"Ya Allah, semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku dan membuka segala pintu rezekiku."

Doa Lain Masa Bersedekah

Ya Allah Ya Tuhanku. Dengan sedekah dan wakaf yang kami infaqkan ini, kami mohon redha-Mu, bersedekah untuk mengikut sunnah Nabi, kami mohon Kau padamkan dosa-dosa lama kami, menghilangkan murka-Mu Ya Rabb. Kami mohon kesembuhan daripada sebarang penyakit untuk diri kami, kaum keluarga, dan sahabat kami. Juga mudah-mudahan menggugurkan kafarah-kafarah wajib kami yang tertunggak, juga bagi arwah- arwah ibu ayah, datuk nenek yang kami sayangi. Ya Allah, kami mohon semoga dengan sedikit sedekah ini Engkau rezekikan kami dengan rezeki yang lebih banyak dan barakhah. Aamiin Ya Rabbal 'alamin.

Doa Untuk Orang Yang Memberi Makan dan Minum

"Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, berilah minum orang yang memberiku minum."

Doa Tetamu Kepada Tuan Rumah

"Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka."

DOA NABI SAW SEBELUM QIAMULLAIL

"Allāhumma rabba Jibrīla wa Mīkā'īla wa Isrāfīla, Fātira as-samāwāti wal-ardhi, 'ālima al-ghaybi wash- shahādah, Anta tahkumu bayna 'ibādika fīmā kānū fīhi yakhtalifūn. Ihdinī limā ukhtulifa fīhi minal haqqi bi- idznik. Innaka tahdī man tashā'u ilā sirātin mustaqīm. Radhītu billāhi rabbā, wa bil-islāmi dīnā, wa bi- Muhammadin nabiyyā was-sallamā."

— "Ya Allah! Tuhan kepada Jibrail, Mikail, Israfil. Pencipta langit dan bumi, Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata. Dikaulah yang memutuskan di antara hamba-hamba-Mu apa yang mereka pertikaikan. Tunjukkanlah daku perkara yang mereka perselisihkan itu. Sesungguhnya Dikau memberi petunjuk kepada siapa yang Dikau kehendaki ke jalan yang lurus. Daku redha Allah Tuhanku, Islam sebagai agamaku, Muhammad sebagai Nabiku dan Al-Quran sebagai hakim dan panduanku."


AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

Doa Lailatul Qadar:

"Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa fa-'fu 'annī waghfir lī." — "Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku."


DOA AKHIR RAMADHAN

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami. Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka-Mu daripada tergelinciran kaki kami.

"Allāhumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa-'fu 'annī." (3x) Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.


DOA RASULULLAH KETIKA AKAN BERPISAH DENGAN BULAN RAMADHAN

"Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia." "Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Engkau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku disiksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semua, wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi." "Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. Sehingga Engkau menenangkan aku dengan segala kebaikan, segala anugerah yang Engkau curahkan pada bulan ini." "Selamatkanlah aku dari bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat (Keutamaan) di Lailatul-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan." "AAMIIN AAMIIN YA MUJIIBAS-SAALIIN"

AMALAN MALAM RAYA

Amalan Pertama (dibaca 300 kali):

"Subhānallāhi wa bi-hamdihī subhānallāhil 'azīm."

Amalan Kedua (dibaca 400 kali):

"Lā ilāha illallāhu wahdahu lā sharīka lah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alā kulli shay'in qadīr."


SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Niat:

"Usallī sunnata 'Iydil Fitri rak'atayn (imāman/ma'mūman) lillāhi ta'ālā." — "Sahaja aku Solat Sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah SWT."


Semoga Allah menerima segala amalan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sumber: Amalan Ramadhan 2 — Disunting oleh Puan Hjh Sahariah Binti Hj Beduroding (019-2245657)