Doa Menyambut Ramadan
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى بُلُوغِ شَهْرِ رَمَضَانَ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى. يَا ذَا الْجَلالِ وَالإِكْرَامِ. اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْهُ لَنَا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلاً. اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِمَّنْ يَصُومُهُ وَيَقُومُهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا. يَا ذَا الطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ شَهْرَ عِزٍّ وَنَصْرٍ وَتَمْكِينٍ لِلإِسْلامِ وَالْمُسْلِمِينَ.
Ya Allah, segala puji bagi-Mu atas sampainya kami ke bulan Ramadan. Ya Allah, jadikanlah bulan ini tiba kepada kami dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan keislaman, serta taufik untuk apa yang Engkau kasihi dan redhai. Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan, dan sampaikanlah Ramadan kepada kami, serta terimalah amalan kami di dalamnya dengan penerimaan yang baik. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam kalangan orang yang berpuasa dan mendirikan ibadah di dalamnya dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala. Wahai Tuhan yang mempunyai kurniaan dan nikmat. Ya Allah, jadikanlah bulan ini bulan kemuliaan, kemenangan, dan pengukuhan bagi Islam dan kaum Muslimin.