Istighfar 12
اللَّهُمَّ أَنتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ أَنتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنتَ وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنتَ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Ya Allah, Engkaulah Raja (Penguasa), tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku dan aku mengakui dosaku, oleh itu ampunilah semua dosaku, kerana sesungguhnya tiada yang mampu mengampuni dosa kecuali Engkau. Bimbinglah aku kepada akhlak yang paling mulia, tiada yang mampu membimbing kepada yang paling mulia kecuali Engkau. Hindarilah aku dari akhlak yang buruk, tiada yang mampu menghindariku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau. Aku datang memenuhi panggilan-Mu dan dengan penuh rasa gembira, semua kebaikan terletak di tangan-Mu, dan semua kejahatan tidak dinisbahkan kepada-Mu. Aku bersandar hanya kepada-Mu dan kepada-Mu aku akan kembali. Engkau Maha Suci dan Maha Tinggi. Aku memohon ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.