Doa Menyambut Ramadan
اللَّهُمَّ أَهِلَّ عَلَيْنَا رَمَضَانَ بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، اللَّهُمَّ أَعِنَّا فِيهِ عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِيهِ مِنَ الْمَرْحُومِينَ وَمِنَ الْمَغْفُورِ لَهُمْ، وَاكْتُبْنَا فِيهِ مِنْ عُتَقَائِكَ مِنَ النَّارِ بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيزُ يَا غَفَّارُ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ شَهْرَ عِزٍّ لِلْإِسْلَامِ وَالْمُسْلِمِينَ، وَشَهْرَ نَصْرٍ وَتَمْكِينٍ لِلْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ، اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْهُ لَنَا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلًا، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِمَّنْ يَصُومُهُ وَيَقُومُهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
Ya Allah, datangkanlah kepada kami Ramadan dengan penuh keamanan, keimanan, keselamatan, dan kepatuhan kepada Islam, serta berikanlah taufik untuk kami melakukan apa yang Engkau cintai dan redhai, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Ya Allah, bantulah kami di bulan ini untuk berpuasa dan mendirikan solat malam. Ya Allah, jadikanlah kami di dalamnya tergolong orang-orang yang dirahmati dan diampuni, dan tuliskanlah kami sebagai orang-orang yang Engkau bebaskan dari api neraka dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Ya Allah, jadikanlah Ramadan ini bulan kemuliaan bagi Islam dan umat Islam, serta bulan kemenangan dan kekuatan bagi kaum Muslimin yang lemah di mana-mana sahaja. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan dalam keadaan selamat dan sejahterakanlah Ramadan untuk kami, dan terimalah amalan kami di bulan Ramadan ini, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Ya Allah, jadikanlah kami daripada kalangan orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala, wahai Tuhan sekalian alam.